top of page

Maka tertubuhlah Jawatankuasa Penaja  MCC, Yang terdiri dari seorang Pengerusi, Timb Pengerusi, Su, Bendahari dan AJK. Dengan tertubuhnya MCC, idea-idea bernas mula memecahkan kepala untuk dilaksanakan, antaranya sertai acara-acara luar, kendalikan acara-acara Fun-Ride sendiri. Oleh karana pengaruh otai-otai MCC ni kuat, dalam jangkamasa yang singkat nama MCC mula dijual dimana-mana 



Antara acara yang telah dengan jayanya dikendalikan oleh MCC adalah Maran40-Kayuhan Ayam Kampung, Maran80 2013- Fellowship of rider, Jamboree Ayam Kampung 2013, Holiday Funride, Kayuhan Kembali Ke sekolah.



​Ada acara-acara luar yang juga MCC sertai seperti Kuantan Century Ride, Terengganu Century Ride, Grand East Coat Ride, Fraser Raya Ride. Disamping meningkatkan kesihatan, acara berbasikal ini juga menambahkan rakan taulan dan sahabat handai di seluruh Malaysia

Asas penubuhan adalah kerana minat untuk berbasikal demi kesihatan, penubuhan asal adalah semangat ber"Jamboree" yang semakin hangat dipasaran, Saudara Choi memulakan langkah awal dengan memiliki basikal MTB dan bergiat secara kecil-kecilan dengan beberapa rakan sepejabat.

Pada akhir tahun 2010, semangat semakin membara untuk bergerak secara berkumpulan yang sah atas nama satu kelab, maka kami telah memperdayakan seorang yang begitu berpengaruh dan berpengalaman dalam acara berbasikal untuk menerajui kelab Ayam Kampung ini. 

Tentang MCC

Kelab Berbasikal Roda Cilik pada awal penubuhan dengan nama Maran Cycling Club, namun demi mengikut kehendak pendaftaran kelab sukan ( Pesuruhjaya Sukan ) maka nama yang digunakan adalah Kelab Berbasikal Roda Cilik.

bottom of page